Kriteria Keanggotaan:

 
Keanggotaan Koperasi terdiri daripada anggota berjumlah 48 orang setakat bulan Jun 2024.

 

 

 
 
 

Manfaat Keanggotaan:

 

1. Ahli boleh membuat pelbagai jenis pelaburan di Tamteh Multicentre untuk diuruskan oleh koperasi.

2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada ahli-ahli koperasi dalam menguruskan operasi Tamteh Multicentre. 

3. Ahli boleh menjadi pembekal kepada koperasi bagi sebarang keperluan berkaitan penginapan serta keperluan bagi acara-acara yang diadakan di Tamteh Multi-Centre.

4. Ahli-ahli koperasi yang melabur saham dalam koperasi boleh mendapat keuntungan dari pelaburan yang dibuat  serta boleh menyumbangkan kepada pembiayaan kos bagi aktiviti kekeluargaan yang dianjurkan.

5. Koperasi boleh menyediakan modal/bantuan berupa pinjaman sekiranya ahli berhasrat menceburi bidang perniagaan.

6. Ahli-ahli yang menjalankan perniagaan tertentu boleh mendapat manfaat dari penjenamaan yang dibina oleh koperasi - "TAMTEH".

7. Ahli koperasi dari pelbagai latarbelakang pendidikan serta kerjaya boleh menjadi pembimbing serta memberi tunjuk ajar serta motivasi kepada hali yang ingin memulakan perniagaan. Juga boleh membantu pengurusan Tamteh Multi-Centre melaksanakan pengurusan dengan cekap dan cemerlang.