Sejarah Penubuhan Koperasi
Penubuhan
Idea penubuhan koperasi keluarga tercetus melalui anak sulung lelaki Allahyarhamah Hajah Puteh iaitu Saudara Zulkifli. Beliau menunaikan wasiat arwah ibunya bagi terus menyatukan keluarga.
Keluarga
Penubuhan koperasi ini menjadi salah satu kaedah bagi merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan ahli keluarga dengan membentuk kerjasama bagi memberikan faedah langsung dan tidak langsung kepada semua ahli keluarga. Koperasi Keluarga Hajah Puteh Jerlun Berhad ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi di bawah SKM pada 25 April 2013.
Keahlian
Keahlian dibuka kepada semua anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu kepada Allahyarhamah Hajah Puteh Binti Ahmad. Buat masa ini mempunyai keahlian seramai 48-ahli yang terdiri dari keluarga, waris serta keturunan Allahyarhamah Hajah Puteh Binti Ahmad.
Latar Belakang
Ahli Koperasi terdiri dari pelbagai latar belakang antaranya petani, usahawan desa, peniaga, doktor pakar perubatan, sektor swasta/korporat, pendidik, arkitek, pensyarah, pegawai bank dan sebagainya.